Wednesday, March 18, 2009

Airmata Mutiara

Oyster

Pada suatu hari seekor anak tiram di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik. “Anakku,” kata sang ibu sambil bercucuran air mata, “Tuhan tidak memberikan pada kita, barang tangan sekalipun, sehingga ibu tak bisa menolongmu.”

Si ibu terdiam, sejenak, “Sakit sekali, aku tahu anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang boleh kau lakukan”, kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak tiram pun melakukan nasihat ibuya. Rasa sakit bukan alang kepalang. Terkadang di dalam kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengilap, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara. Air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta tiram lain yang cuma disantap orang.
Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahawa penderitaan adalah lorong untuk menjadikan “tiram biasa” menjadi “tiram luar biasa”. Kerana ia menegaskan bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah “orang biasa” menjadi “orang luar biasa”.


Oyster


Kebanyakan orang yang putus asa disaat berada di dalam kesusahan kerana mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan sebenarnya yang boleh kita pilih. Menjadi `tiram biasa’ yang disantap orang, atau menjadi `tiram yang menghasilkan mutiara’. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak menghairankan bila jumlah orang yang berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja’.

Mungkin disaat ini kita sedang mengalami kepayahan, kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang di sekitar kamu. Namun cubalah untuk tetap tersenyum dan
sematkan dalam hati “Airmataku diperhitungkan Tuhan.. dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara.”



0 comments:

Post a Comment