Wednesday, March 18, 2009

Si Ayah, Anak Dan Keldai

Donkey

Pada suatu hari yang tenang, seorang tua masuk ke pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala anaknya mengikut si bapa dari belakang. Melihat tingkah laku si ayah itu, setengah orang pun berkata,
“Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, dia menunggang keldai sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dan kata-kata yang kurang disenangi daripada orang ramai maka Si Ayah pun turun dari keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas keldai itu. Melihat yang demikian, maka timbulah kata-kata lain,
“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya senang-senang naik keldai, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Si Ayah pun terus naik ke atas belakang keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian timbulah pula kata-kata lain. Kali ini orang ramai pula berkata lagi,
“Lihat itu dua orang menaiki seekor keldai, kasihan alangkah terseksanya keldai itu.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Si Ayah dan anaknya turun dari keldai itu.Namun begitu, masih lagi terdengar suara orang berkata,
“Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai dibawa itu tidak pula ditunggangi.”

Moral Of The Story : Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

0 comments:

Post a Comment